Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, October 31, 2014

Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda



Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
 kata portal tersebut.



Sumber asal : BLOG KEDAHNEWS


Berpesta tangkap lampam timbul serah diri






Parit Buntar: Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi semalam, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.

Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.

Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.

“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.

“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.

Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian.







~ sumber 












Peniaga bogelkan pencuri wanita.



Zhejiang: Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.

Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. - Agensi

























Thursday, October 30, 2014

Habis laa!!! Tiada Lagi Penghantaran Powerbank Ke Sabah Dan Sarawak Dari Semenanjung




Pos Malaysia kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong penghantaran yang menyertakan bateri litium dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (serta sebaliknya) bermula 1 November ini.

Perkara ini adalah selari dengan peraturan yang digunakan oleh IATA, yang mana menyertakan bateri litium di dalam barangan yang dilarang dan berbahaya untuk dikendalikan menggunakan mel udara. Selain daripada powerbank, produk seperti telefon pintar juga dilihat memandangkan ia menggunakan bateri berasaskan litium padanya.

Buat masa ini, ia dilihat hanya Pos Malaysia mengaktifkan perkara ini, dan tiada notis daripada syarikat mel lain buat masa ini. Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia.

Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.

Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.

Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my

SUMBER






Gadis tawar tiduri lelaki mahu biayai percutian di setiap bandar berlainan.




Shanghai: Seorang gadis berusia 19 tahun mengharapkan pembiayaan untuk menjelajah seluruh China dengan meniduri lelaki berlainan di setiap bandar.

Remaja berkenaan, Ju Peng mengiklankan di laman sosial Weibo, dia mencari ‘kekasih sementara’ yang mesti ‘kacak, bawah usia 30 tahun, tinggi lebih 1.75 meter dan sudah pasti, kaya.’

Ju yang berasal dari Shanghai menawar untuk menghabiskan sepanjang malam dengan lelaki yang sanggup membiayai perjalanan dan perbelanjaan hariannya.

“Mereka mesti membiayai tambang saya ke bandar mereka dan semua perbelanjaan saya di sana. Mereka mesti yang bukan kedekut.

“Sebagai balasan, mereka boleh bermalam dengan saya. Saya akan memberi tumpuan tidak berbelah bagi kepada mereka.” katanya dalam iklan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Ju dikecam oleh pengkritik yang menganggap iklan itu lebih kepada tawaran melacur.

Mereka juga menggesa supaya iklan berkenaan dipadamkan.

Bagaimanapun Ju berkata, dia sudah menjelajah seluruh timur China dengan cara itu dan kini mahu meneruskan perjelajahannya ke bahagian lain negara berkenaan.

“Ia seperti mengembara. Tidak ada apa yang hendak dimalukan,” katanya. - Agensi













~ sumber







Friday, October 24, 2014

majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini


TUNKU Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berangkat hadir ke majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat tiba ke majlis pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dilihat memasuki di Istana Bukit Serene, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Ketibaan Tunku Ismail kemudiannya diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut kelihatan pegawai tinggi kerajaan negeri dan orang kenamaan mula memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, bermula jam 8 pagi tadi.












~ turut hadir pasukan bolasepak JDT







Tunku Mahkota Johor, Khaleeda Bustamam sah jadi suami isteri ( GAMBAR )



















JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selesai menyempurnakan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam, sebentar tadi.

Tunku Ismail bersama Cik Puan Khaleeda berangkat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat jam 10 pagi dan keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri.

Pasangan diRaja yang mengenakan busana pengantin berwarna putih sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar di luar pekarangan istana.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu.

Turut kelihatan hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan tetamu kenamaan yang mula memasuki pekarangan istana kira-kira jam 8 pagi.

Istiadat akad nikah disempurnakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Kesemua majlis istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan DiRaja Johor selain ada unsur ketenteraan.

Pasangan diRaja itu dijangka disandingkan di Istana Besar Johor, di sini, pada jam 7.30 malam, 8 November ini.

Tunku Mahkota Johor nikah hari ini




Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 8 November.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.
"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.
-
Sumber








wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...